Khamis, 22 Mei 2008

Melayu Patut Kaya

Melayu patut jadi kaya di bumi sendiri.
Orang Melayu sepatutnya menguasai sektor ekonomi negara.
Segala bidang ekonomi perlu dikuasai.
Jangan mudah putus asa.

Melayu tidak boleh berangan.... nak cepat jadi kaya.
Kaya apatah lagi jutawan bukan usaha 1 atau 2 hari.

Tanah pusaka berpuluh ekar.
Kalau dimajukan memang dah jadi kaya.
Tapi sayang bila emak bapak dah tiada, semua tanahnya tergadai.

Rabu, 21 Mei 2008

Kenapa Melayu Jadi Begini

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Ekonomi jauh ke belakang, tertinggal jauh berbanding bangsa lain.
Kedai di bandar bagai langsung tak ujud, kalau adapun sekerat dua, itupun kedai makan.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Bidang Pendidikan ramai yang kecundang, seorang dua dapat 16A atau 21A, tapi beribu dapat 9F.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Kuasa dan politik dikejar, akhirnya tersungkur satu persatu.
Perebutan,Percakaran,tuduh-menuduh. Seolah-olah tiada siapa yang bersalah. Masing-masing tegakkan ego. Politikus Melayu selalu lupa mereka sentiasa diperhati dan dinilai.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Masalah sosial dan penagihan dadah jadi juara.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Bila Melayu akan sedar dan insaf lalu berusaha...biar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Jangan terus berbangga menjadi "JAGA" harta orang lain, diri menumpang di tanah sendiri. Dan jangan sampai Melayu suatu hari nanti jadi pelarian di tanahair sendiri.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Selasa, 20 Mei 2008

Melayu Hari Ini Gempar Lagi

Melayu hari Ini Gempar Lagi!

Mantan PM, Tun Dr.Mahathir umum keluar UMNO.

Sekarang Melayu makin banyak pecahan; satu di pihak Pak Lah, satu di pihak Anuar, satu di pihak Dr.Mahathir. Belum lagi pihak Nik Aziz.

Sementara bangsa lain semakin bersatu-padu, melayu nampak semakin berpecah.

Musa Hitam sifatkan Dr.Mahathir sebagai duri dalam daging.(Utusan Malaysia 20 Mei 2008 - m/s 1)

Nik Aziz kata "Saya antara orang paling bahagia".(Utusan Malaysia 20 Mei 2008 - m/s 2)

Hishammuddin kata, "Perbuatan Dr.Mahathir tidak bertanggungjawab".(Utusan Malaysia 20 Mei 2008 - m/s 4)

Kita tengok apa akan berlaku esok..............tunggu...........

Selasa, 13 Mei 2008

Persoalan Melayu Malaysia Hari Ini

Siapa Melayu Hari Ini?

Ke Mana Melayu Hari Ini?

Di Mana Melayu Hari Ini?

Apa ada pada Melayu Hari Ini?