PPSMI dimansuhkan mulai 2012
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.
Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris."Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.
Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.
Rentetan pelaksanaan PPSMI.
Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah.
Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah .
Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah.
Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
Sumber: Malaysiakini
Jumaat, 17 Julai 2009
Selasa, 5 Mei 2009
Melayu Kebingungan
Belum habis hal PPSMI...
Di satu pihak menyokong, di satu pihak lagi menentang, mungkin ada satu pihak lagi yang hanya mahu memekakkan telinga, tak mahu ambik tahu.
Di satu pihak:
Sasterawan Negara Tolak PPSMI
Jimadie Shah Othman May 5, 09 12:12pm
kemaskini 3.12pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya. Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA pagi ini. Alasan-alasan itu, antaranya: Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan. [ Baca selanjutnya]
Di satu pihak lagi...Hasil Meja Bulat Ditolak
Laporan pelaksanaan PPSMI bukan penanda aras tepat: TPM
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diarah membuat kajian semula terhadap pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ekoran Kabinet tidak berpuas hati dengan hasil laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dibentangkan baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet berpendapat laporan daripada beberapa persidangan meja bulat PPSMI sebelum ini bukan penanda aras yang tepat untuk menilai kewajaran pelaksanaan dasar berkenaan. [ Baca Selanjutnya ]
Apa kesudahan agaknya?
Untungkah atau rugikah Melayu?

Selasa, 21 April 2009
Kenapa Melayu Yang Mengaku Islam Membiarkan Hati Mereka Mati?
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Hatilah yang akhirnya mempengaruhi tingkahlaku seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Apa kaitan hati mati dengan Melayu hari ini?
Hati Melayu banyak yang mati hingga menyebabkan kesalahan persepsi terhadap tingkahlaku, tidak tahu membezakan tingkahlaku baik atau tingkah laku jahat, sama ada tingkahlaku positif atau negetif.
Buktinya, banyak Melayu tidak pernah rasa bersalah melakukan dosa, yang terang atau yang tersembunyi. Sama ada yang besar atau yang kecil. Banyak Melayu bersahaja minum arak, memberi dan menerima rasuah sama macam beli dan jual cendol tepi jalan, bersekedudukan ( hingga ada berzina). Berpelukan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim perkara biasa, bila masyarakat tegur mereka kata itu urusan mereka apa orang lain nak sibuk ambil tahu, keluarga pun dah tahu dan restu!
Inilah antara senario dan gambaran hati Melayu yang sudah mati. Hati yang sudah mati ini tidak dapat membezakan antara baik dan buruk, antara halal dan haram, antara boleh dan tidak boleh.Asal sahaja mereka nak buat itu bermakna boleh.Malaysia Boleh!(?)
Hati ada 2 penasihat, iaitu akal dan nafsu. Jika hati menerima nasihat akal, maka akan terjelmalah tingkahlaku yang baik. Manakala tingkahlaku jahat akan terjelma bila mana hati menerima nasihat dari nafsu.Ini bermakna banyak Melayu hari ini yang malas guna akal untuk mendasari tindak tanduk mereka.Banyak Melayu hari ini banyak dipengaruhi nafsu dalam setiap tindakan.Bila ini berlaku berulang-ulang dan terus berulang, maka hati secara tidak langsung terdidik ke arah perlakuan negetif hingga akhirnya menjadi kelaziman menyebabkan hati sudah tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk, semuanya pakai boleh.Dan pengakhirannya tingkahlaku yang negetif ini diterima sebagai satu nilai yang betul dan baik.
Adalah malang sekirangnya seseorang itu beranggapan bersekedudukan,menerima rasuah,berzina,membunuh,mencuri, dan sebagainya sebagai sesuatu yang "tidak apa".Mereka tidak sedar bahawa mereka telah "gagal" melaksanakan amanah sebagai khalifah.
Semakin malang bila mana semakin ramai menganggap itu semua boleh diperbetulkan, mereka buat bila masih ada kesempatan, tapi mereka lupa mereka terus hanyut.
Jika sikap ini terus diwarisi dan diwariskan kepada generasi Melayu akan datang, nescaya Melayu akan terus korup. "Jangan Melayu Hilang Di Dunia"

Khamis, 22 Mei 2008
Melayu Patut Kaya
Melayu patut jadi kaya di bumi sendiri.
Orang Melayu sepatutnya menguasai sektor ekonomi negara.
Segala bidang ekonomi perlu dikuasai.
Jangan mudah putus asa.
Melayu tidak boleh berangan.... nak cepat jadi kaya.
Kaya apatah lagi jutawan bukan usaha 1 atau 2 hari.
Tanah pusaka berpuluh ekar.
Kalau dimajukan memang dah jadi kaya.
Tapi sayang bila emak bapak dah tiada, semua tanahnya tergadai.

Rabu, 21 Mei 2008
Kenapa Melayu Jadi Begini
Kenapa Melayu Jadi Begini?
Ekonomi jauh ke belakang, tertinggal jauh berbanding bangsa lain.
Kedai di bandar bagai langsung tak ujud, kalau adapun sekerat dua, itupun kedai makan.
Kenapa Melayu Jadi Begini?
Bidang Pendidikan ramai yang kecundang, seorang dua dapat 16A atau 21A, tapi beribu dapat 9F.
Kenapa Melayu Jadi Begini?
Kuasa dan politik dikejar, akhirnya tersungkur satu persatu.
Perebutan,Percakaran,tuduh-menuduh. Seolah-olah tiada siapa yang bersalah. Masing-masing tegakkan ego. Politikus Melayu selalu lupa mereka sentiasa diperhati dan dinilai.
Kenapa Melayu Jadi Begini?
Masalah sosial dan penagihan dadah jadi juara.
Kenapa Melayu Jadi Begini?
Bila Melayu akan sedar dan insaf lalu berusaha...biar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.
Jangan terus berbangga menjadi "JAGA" harta orang lain, diri menumpang di tanah sendiri. Dan jangan sampai Melayu suatu hari nanti jadi pelarian di tanahair sendiri.

Selasa, 20 Mei 2008
Melayu Hari Ini Gempar Lagi
Melayu hari Ini Gempar Lagi!
Mantan PM, Tun Dr.Mahathir umum keluar UMNO.
Sekarang Melayu makin banyak pecahan; satu di pihak Pak Lah, satu di pihak Anuar, satu di pihak Dr.Mahathir. Belum lagi pihak Nik Aziz.
Sementara bangsa lain semakin bersatu-padu, melayu nampak semakin berpecah.
Musa Hitam sifatkan Dr.Mahathir sebagai duri dalam daging.(Utusan Malaysia 20 Mei 2008 - m/s 1)
Nik Aziz kata "Saya antara orang paling bahagia".(Utusan Malaysia 20 Mei 2008 - m/s 2)
Hishammuddin kata, "Perbuatan Dr.Mahathir tidak bertanggungjawab".(Utusan Malaysia 20 Mei 2008 - m/s 4)
Kita tengok apa akan berlaku esok..............tunggu...........

Selasa, 13 Mei 2008
Persoalan Melayu Malaysia Hari Ini
Siapa Melayu Hari Ini?
Ke Mana Melayu Hari Ini?
Di Mana Melayu Hari Ini?
Apa ada pada Melayu Hari Ini?
Ke Mana Melayu Hari Ini?
Di Mana Melayu Hari Ini?
Apa ada pada Melayu Hari Ini?
Langgan:
Ulasan (Atom)