Rabu, 21 Mei 2008

Kenapa Melayu Jadi Begini

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Ekonomi jauh ke belakang, tertinggal jauh berbanding bangsa lain.
Kedai di bandar bagai langsung tak ujud, kalau adapun sekerat dua, itupun kedai makan.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Bidang Pendidikan ramai yang kecundang, seorang dua dapat 16A atau 21A, tapi beribu dapat 9F.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Kuasa dan politik dikejar, akhirnya tersungkur satu persatu.
Perebutan,Percakaran,tuduh-menuduh. Seolah-olah tiada siapa yang bersalah. Masing-masing tegakkan ego. Politikus Melayu selalu lupa mereka sentiasa diperhati dan dinilai.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Masalah sosial dan penagihan dadah jadi juara.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Bila Melayu akan sedar dan insaf lalu berusaha...biar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Jangan terus berbangga menjadi "JAGA" harta orang lain, diri menumpang di tanah sendiri. Dan jangan sampai Melayu suatu hari nanti jadi pelarian di tanahair sendiri.

Kenapa Melayu Jadi Begini?

Tiada ulasan: