Selasa, 5 Mei 2009

Melayu Kebingungan

Belum habis hal PPSMI...

Di satu pihak menyokong, di satu pihak lagi menentang, mungkin ada satu pihak lagi yang hanya mahu memekakkan telinga, tak mahu ambik tahu.

Di satu pihak:


Sasterawan Negara Tolak PPSMI

Jimadie Shah Othman May 5, 09 12:12pm

kemaskini 3.12pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya. Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA pagi ini. Alasan-alasan itu, antaranya: Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan. [ Baca selanjutnya]


Di satu pihak lagi...Hasil Meja Bulat Ditolak

Laporan pelaksanaan PPSMI bukan penanda aras tepat: TPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diarah membuat kajian semula terhadap pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ekoran Kabinet tidak berpuas hati dengan hasil laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dibentangkan baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet berpendapat laporan daripada beberapa persidangan meja bulat PPSMI sebelum ini bukan penanda aras yang tepat untuk menilai kewajaran pelaksanaan dasar berkenaan. [ Baca Selanjutnya ]

Apa kesudahan agaknya?
Untungkah atau rugikah Melayu?

Tiada ulasan: